Monday 18 March 2013

Disleksia - Saya jawab soalan kawan2!

Assalamualaikum.
Post kali ini berkisar persoalan teman2 kepada sy berkaitan cabang kehidupan baru sy  iaitu 'disleksia', Semua persoalan2 ini diajukan kpd saya melalui FB wall/massanger, watsapp, sms, perbualan tel, face-to-face. Sy cuba baca,semak, ingat dan kumpul bg tujuan paparan agar dapat dikongsi bersama utk teman2 yg masih terasing berkenaan hal disleksia ini. Setidak-tidaknnyaia jg boleh dijadikan persediaan bg para ibubapa utk menghadapi situasi yg saya alami ini dimasa akan datang. Ya sy bukanlah pakar rujuk yg layak namun berbekalkan kesungguhan, pengalaman singkat bukan satu masalah bg saya sedang pelbagai kaedah telah sy buat dan lalui samada dr segi pemerhatian, pertanyaan, pembacaan dan penerangan secara langsung/tak langsung dr orang bertauliah. Segalanya saya ambil utk menambahkan ilmu didada. InshaAllah ianya cukup utk dijadikan asas sesuatu yg patut dikongsi, moga bermanfaat hendakNya. 'A' di bawah merupakan jawapan saya ye!!. Wallahualam.

Q1 : Apa benda 'disleksia' tu?
A1 : Disleksia tu masalah pembelajaran yg dihadapi oleh kanak2, jelasnya dia belum boleh membaca dgn baik walau tlh bersekolah bertahun2 kerana masalah asasnya dia keliru dgn huruf2 (alphabet) kecil bila digabungkan menjadi ayat.

Rujukan lanjut http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Q2: Mcmmn bleh tergerak bw anak gi test disleksia?
A2: Sy kerap bertanya dgn cikgu2 ttg  perihal anak sy dlm kelas, kesamaan pandangan cikgu2 yg 'anak sy tak fokus dlm kelas' merunsingkan saya. Sy tiada bantahan ttg pandangan tersebut krn sy juga mengajar anak sy setiap hr dan tidak pernah terlepas pandang. Tiada kerja sek bukan alasan utk tidak berada di tempat khas utk belajar setiap jam 8 mlm kerana saya akan membuat ejaan atau menerangkan kerja2 selesai yg didapati salah agar dia tak ulang kesilapan tersebut. Selain itu persediaan pelajaran akan dtg juga dilakukan agar dia mudah paham bila cikgu mengajar kelak. Bila periksa buku2 selalu dapati yg dia tak sempat habiskan tugasan yg diberi apatah lg klu yg perlu disalin dr papan putih dgn alasan "cikgu lain dah masuk kelas" atau "kawan dah padam white board", kkdg tulis huruf n nombor pun terbalik2, ayat tak ber-space.

Sy tak puas hati jd utk mengetahui masalah sbnr yg dihadapi sy goggle n taip 'kenapa anak tidak fokus' maka tersenarailah byk maklumat berkaitan 'disleksia (dyxlexcia).Sy baca satu persatu dan bandingkan simptom2 tersenarai dgn perilaku anak sy.

21 ciri2 yg boleh disemak - muka surat 9
Q 3: Apa simptom2 disleksia yg ada?
A3 : Berdasarkan symptoms di goggle, anak saya 
  • tulis lambat , 
  • ayat yg disalin kurang atau tertambah huruf, 
  • tulis perkataan tanpa space, 
  • huruf kdg kala terbalik, 
  • eja lain bunyi lain, 
  • tak minat membaca ayat dlm bahasa melayu 
  • tp minat dgn buku, 
  • suka berimiginasi.
Rujukan lanjut Buku program edaran kpd ibubapa ketika mendaftar dr Persatuan Dyslexia Malaysia dan http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

Q3 : Di mana buat ujian disleksia dan kos?
A3 : Di Pusat Disleksia Titiwangsa, Alamat: No 6, Persiaran Kuantan, Jalan Kuantan, Titiwangsa. Hubungi En. Hafiz, hp 019-4446059 di dalam waktu pejabat utk temujanji ujian ini. Kos RM150 akan terlibat. Ujian berlangsung selama 1 jam 30 minit.


Q4 : Mcmmn bentuk ujian tu?
A4 : Anak kita akan dipanggil One-to-One, dr pemerhatian saya sewaktu sy dan suami dipanggil utk penerangan selepas itu, mereka menguji secara menulis, lisan, dan rasanya ada ujian seperti bentuk game.

Q5 : Bila dapat keputusan?
A5 : Sebaik shj selesai sessi anak diuji, ibubapa akan dipanggil untuk penerangan penilaian oleh penguji. Bagaimanapun laporan bertulis akan diperolehi kemudian melalui email utk rujukan pihak tertentu yg memerlukan.

Q6 : Adakah saya bgth anak ttg ujian disleksia ni?
A6 :  Tidak. Saya tak bgth anak sy sbb saya tak mahu dia gugup atau takut ketika diuji. Perasaan gugup yg dia hadapi akan menyebabkan dia lupa. Biar dia 'free'. Just ucapkan 'gud luck' dan doakan dia.InshaaAllah

Q7 : Ada cara lain  jika tidak ke Pusat Disleksia utk mendapatkan bimbingan? Caranya. 
A7 : Ada. Melalui bimbingan kelas khas di sekolah terpilih yg ada. Tetapi perlu dapatkan surat dari sek untuk bawa anak rujuk ke Hospital Kerajaan. Surat pengesahan dr Doktor boleh melayakkan anak ditempatkan dikelas khas bg mendapatkan bimbingan cikgu yg terlatih. Sekiranya anak telah ok, dia boleh bertukar ke kelas biasa.

Q8 : Kenapa saya tak dapatkan pengesahan doktor dr hosp kerajaan dan pilih Persatuan Dyslexia yg berkonsep swasta? Bukankah tinggi kosnya.
A8: Saya terpaksa melibatkan kos kewangan  kerana saya tidak mempunyai kos masa yg banyak untuk tunggu dan naik turun di hospital kerajaan di tambah pula terpaksa perlu membawa anak2 lain jika berurusan. Tugasan kerja suami sy yang padat juga menjadi faktor penyumbang dlm pemilihan ini.

Q9 : Berapa bulan  di Pusat Disleksia?   Mcmmn dgn sek skrg?
A9 : Kelas bimbingan khas akan berlangsung selama 3 bulan. Bagi anak saya kelasnya akan bermula 1 April ini hingga 30 Jun dimana sebuah kelas hanya mempunyai maximum 5 org pelajar shj. Pusat Disleksia akan mengeluarkan surat kepada ibubapa utk diusulkan kepada  pihak sek. Pihak sek akan menyokong tujuan ini.

Q10 : Knp sy putus utk tempatkan anak di Pusat Disleksia sdg pihak sek tidak mengarahkan sebarang tindakan?
A10 : Sy menilainya sbg satu keperluan utk diri saya dan anak kerana saya telah menumpukan perhatian terhadap pelajarannya sepenuh masa, Yang penting, saya tidak mahu dia ketinggalan dan rasa rendah diri dan seterusnya tarik diri dlm aktiviti pembelajaran di kelas. Dia sgt berani, byk cakap dan aktif. Saya sayangkan nilai2 ini dan mahu kekalkannya.
Q11 : Belajar ape disana selama 3 bulan dan kos? 
A11 : Matematik, Bahasa Malaysia, Sains, Bahasa Inggeris. Disamping itu ada xtvt muzik dan berkuda. Mungkin sebab di Ampang ni sebelah Kelab berkuda (Rentry Club, Ampang) kot, tak pasti dgn Pusat Disleksia lain. Setiap bulan RM450 tetapi utk bayaran awal saya perlu tambah RM100 kerana aktiviti kokurikulum. Baju dan peralatan lain saya kurang pasti dah dikira sekali atau asing. Nnt saya pastikan ye.

Q12 : Bahaya ke disleksia ni?
A12: Terpulang kepada ibubapa untuk menilainya, tp sekali lg saya tegaskan bahawa saya sayangkan nilai2 keberanian yg ada pd anak saya.
  
Q13:Anak nampak bijak dan matang, sahihkah keputusan ujian tersebut?
A13 : Semua kanak-kanak sememangnya pandai berkata2 apatah lg bab menjawab, memberi alasan. Sampaikan kkdg kita nak tergelak atau mati kutu dibuatnya. Kanak2 disleksia ni normal cuma masalahnya lambat baca je sbb keliru dengan hufuf yg dibuat jd perkataan (blended words). Kata En Hafiz, kakitangan Persatuan Disleksia Titiwangsa semasa sessi borak2 dgn ibubapa sementara menunggu anak2 membuat ujian, kanak2 yg mengalami disleksia ini sememangnya matang pelbagai perkara lebih dari usianya tetapi ketinggalan kebelakang dlm pembelanjaran. Jd jgn hairan kalau mereka bijak berikan 1001 alasan dgn pantas berbanding bila kita suruh diorang membaca, terpinga2 la jawabnya, tergaru sana sini lg.huhuhu...
 
Q14 : Apa yg boleh kita (ibubapa) buat untuk bantu anak2 yg menghadapi masalah ini? 
A14 : Buat masa ini, bg sokongan sewajarnya dan hentikan marah2
# Sangat banyak perkara lain yg boleh dilakukan tp tak boleh nak tulis disini semuanya. Nnt sy cari masa lain utk kupas bab ni yer.Kalau stakat copy paste dari pembacaan smua org boleh tp saya nak bgth ape yg saya rasa saya boleh n dah buat aje. Nnt kan yer.
Q15: "takut nak terima keputusan, kalau-kalau buat test  terima jawapan ni (anak disahkan disleksia)"
A15 : Saya tak takut dan jauh sekali nak rasa malu sbb inilah permulaan yg saya cari utk mengakhiri kebuntuan saya. Ia sekadar satu usaha buat anak tersayang, lagipun apa nak ditakutkan kerana ianya bersifat sementara jika dibimbing dgn cara yg betul dan berkesan, lgpun hakikatnya ramai kanak-kanak diluar menghadapi masalah ini cuma terserah kpd ibubapa samada untuk bersikap proaktif atau tunggu dan lihat dulu. Moga Allah mudahkan segalanya utk kita yg telah berusaha. Anak-anak ni bijak dan mereka berpeluang besar utk survive menjalani kehidupan walau dicampak dimana pun.InshaaAllah. Mereka kreatif sebab fikirannya 'out of the box'. Percaya lah cakap saya!!
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

*******************

Sekian, utk perkongsian soal-jawab dgn saya buat masa ini. Nnt saya semak dan tambah lg jika ada yg tertinggal atau soalan lain yg bakal datang. Terima kasih krn sudi membaca, moga ada input utk kalian harapnya, InshaaAllah!

  

Thursday 14 March 2013

Kenapa hantar? Cara lain jika tidak ke Pusat Disleksia - Inshaa Allah, you'll find your way,


Menghayati lirik lagu Maher Zain
Masuk 3 hari aku tak menggunakan sistem kekerasan dlm pembelajaran terhadap anakku yg sgt luar biasa itu dan dalam masa yg singkat ini, berkat kesabaran, pemeran kasih sayang, serta sokongan yg aku tunjukkan telah membuahkan hasil. Biarpun tak byk perubahan dr segi penguasaan pembacaan, aku bangga kerana Abg memandu dirinya sendiri tanpa perlu arahan malah herdikan yg telah ku humban sejauh-jauhnya. Kini yg perlu hanya sokongan dan kesabaran serta pencarian jalan terbaik utknya agar lebih maju kehadapan. Alhamduillah aku sgt bersyukur dia telah mula mengambil buku,surat khabar mengeja biarpun perlu merangkak dan kadangkala tersalah menggabungkan sukukata yg sepatutnya, paling terusik bila dia minta makanan yg berkhasiat walaupun hanya sekadar utk kudapan, "mama, abg kenyang tp rasa nak makan something tp biarlah berkhasiat supaya otak abg pandai". Tak semena2 air nestum yg tak pernah dirasai, diminum. Kini sukarela dia mengucapkan selamat tinggal kpd trio nasi,telor dan kicap, maka tiada lg kesukaran bgku memaksa dia mencuba sesuatu slps ini harapnya. 

Bkn rutin aku menonton berita tv tp disebabkan perasaan patriotik yg tinggi, aku ingin benar th ttg perkembangan di Sabah. Aku relakan diri bersandar di sofa ditemani hp ku. Abg yg berada beberapa langkah dr ku sedang asyik memegang tab, tiba2 aku digangggu dgn bunyi lagu2 Maher Zain yg dimuat turun olehnya. Nak kutegur langsung terhapus bila aku dgr lagu InshaaAllah, Maher Zain itu dinyanyi dan ditukar lirik "InshaaAllah(3x),I'll find my way". Mendung mula dtg bertamu dihati kecilku, apatah lg bila nampak dia mengesatkan air matanya. "Kenapa abg nangis sayang?" tnyku memujuk.
"Td kat kelas kan mama, cikgu BM tny sape nak baca?. Pastu abg angkat tangan, tetiba kawan abg cakap takyah la Jibrel, ko bukan reti bacapun. Baca pun lambat."
Dia gagal mengengkang air matanya kali ini, aku amat sayu anakku diperlakukan sebegitu. Tak sabar pula aku menanti April, perasaan kecilku sgt meluap2 utk menghabiskan bulan Mac ini agar abg bleh ke Pusat Disleksia Ampang dgn segera utk bimbingan dan InshaaAllah akan lebih bergaya 3 bulan akan dtg sekembalinya ke sek.

"Abg, dgr sini. Dah2 jangan sedih ok! Mama papa dulu time belajar mmg sentiasa berusaha nk jd budak pandai sbb time tu kawan, cikgu pun akan kenal kita. Bila kita jd budak pandai nnt automatik kita akan dipilih jd ketua. Abg sukakan jd ketua?" Dia hanya mengangguk aku harap dia dpt semangat dr kata2 aku td. Mmg satu kebiasaan bg aku dan suami mereka cerita bg mengharapkan dia mendapat inspirasi.

Keperibadian yg happy, sgt berani melontar idea, byk bertanya, kreatif, mudah berkawan dan dia ada semangat dan aura utk menjadi seorang pemimpin. Alhamdulillah sejak mendapat keputusan ujian disleksia Isnin lalu, aku dah dibukakan mata hati untuk memandang nilai2 yg ada padanya sebagai sesuatu sgt berharga dan takkan mungkin membenarkan semangat dia terkubur,menjadi rendah diri, hilang keyakinan dek kerana diejek rakan, tiada bantuan guru (tak semua), dan aku seorang ibu yg gagal memahami . Maka menempatkan dia di Pusat Disleksia adalah satu permulaan yg sgt bijak, dibuat oleh ku sebagai seorang ibu.

Semenjak aku menulis tentang dunia baruku ini, rupanya ramai kawan2 ku diluar sana menghadapi masalah yg sama, dr hati yg ikhlas aku merayu ubahlah suasana anak2 kita yg amat berpontesi tu.Jgn biarkan dia terus dihimpit tuntutan dunia yg kejam, guru2 yg tak mahu memahami (tak semua), hakikat ibubapa yg suka membanding-bandingkan. Andaikata tidak berkemampuan, ada cara lain yg boleh dilakukan oleh kita para ibubapa yg bertuah, perkara inilah ant yg diborakkan olehku semasa perjumpaan bersama penyelia ptg sek  tempohari. Katanya...
1. Dapatkan surat dr sek /surat test disleksia yg telah disahkan;
2. Bw anak dan surat berkenaan ke Hospital Kerajaan utk sokongan penempatan anak di kelas khas;
3. Surat doktor diusulkan di sek utk tindakan;
4. Sek anak aku dan byk sek lain ada kelas khas tersebut tp sekiranya tiada, anak korang perlu bertukar ke sek yg ada kelas khas tersebut;
5. Banyak keistimewaan dan elaun akan diperolehi;
6. Anak2 akan boleh bertukar ke kelas biasa semula jika prestasinya memberansangkan.

Moga segala perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. InshaaAllah.

In shaa Allah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Lyrics are taken from http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/insha-allah/

Wednesday 13 March 2013

Ibubapa main peranan utama dlm menyokong anak yg menghadapi disleksia

Bertuah kita, kerana dia terpilih n sgt istimewa!

#Sekadar perkongsian,hrp bermanfaat.

Sebaik dapat keputusan smlm, kami beredar. Aku tgk suami akku kata 'abg mmg hebat!!'. Aku diam seribu bahasa sementara anak sulungku yg tak th ape2, suka akan segala pujian menyambung "cikgu tu kata abg hebat eh papa?! Tulah dia kata abg pandai tp abg tgk dia pangkah juga bila tanda kertas abg.Kenapa dia ckp ...mcmtu eh?". "Segan kat abg tu". Tiba2 keretaku yg dipandu suami diberhentikan oleh diperkarangan Hosp Pusrawi, nak menziarahi staff di hosp sambil diarahkan pdku jalan pulang ke rumah. Jam 11.00 mlm td baru selamat pulang, dr KLIA setelah selesai menjenguk rakan perniagaan yg akan berangkat ke luar negara. Jadual kerjanya penuh mcm biasa sedang aku di rumah mencari2 titik permulaan terbaik untukku mulakan hr esok.

Aku : Ayg, ayg tak rasa ape2 ke bila abg ada dislecsia dan discalculia tu?

(sgt cool menjawab pertanyaanku yg ingin pasti)
Suami : Abg sgt istimewa, bayangkan kanak2 lain menggunakan otak kiri utk menyelesaikan mslh, tp abg menggunakan otak kanan utk survive, corak pemikirannya mmg 'out of the box'. Org2 mcm ni mmg jarang bleh bekerja dgn org, dia akan ikut caranya. Kerja apa agak2 sesuai mcmtu bila besar nnt?

Aku : Kena jd boslah kalau tak bleh ikut cakap org.

Suami : Hah, btollah tu. Elbert Eistern, Ricard Branson, Walt Disney kenal?! Yg dekat Malaysia ni, Lee Kuan Yu tu smua disleksia dulu tp sape diorg hari ni??? Entah2 Muhammad Kamil Baharin pun sama kot tp tak pernah pergi test2 mcm nih dulu. Dapat juga merasa naik private jet (selorohnya padaku buat aku tersenyum).

*********
Pg ni, aku bangun dgn penuh berbekal semangat luar biasa. Rutin menarik nafas panjang menghirup udara segar dr baki hutan dibelakang jendela rumah sambil ku genggam tangan, menutup mata, mendapatkan aku satu rasa yg segar. Lantas terfikir, ada kurniaan 'KEISTIMEWAAN' terbaru pdku.Btol lah kawan2ku pernah cakap yg aku ni selalu dapat keistimewaan, dan sentiasa sgt bertuah. Ya..aku sgt bertuah!!! tegasku menghalang segala sangkaan negatif yg ingin bertandang.

Hikmah dr 'keistimewaan' ini, InshaaAllah aku lebih prihatin, lebih penyabar, lebih menyanyangi, lebih bertimbangrasa, dan yg menariknya aku dapat menambahkan ilmu pengetahuanku dlm segala perkara yg menyentuh ttg 'dylecsia dan dyscalculia'.

InshaaAllah selepas ini rakan2ku akan mendapat habuannya tak byk sedikit dr ku tanpa perlu tercari2 info dr pelbagai sudut, aku bersedia membantu kerana diri ini akan berusaha utk memahami segalanya dan mungkin perkara2 lain yg berkaitan dgn pembangunan pembelajaran dan minda kanak2. Aku amat bersemangat memulakan Aprilku!!! semangat mendapatkan ilmu tanpa perlu masa n dewan kuliah khusus utk semua ini, Alangkah bertuahnya aku!!!

#TERIMA KASIH KPD YG SENTIASA PRIHATIN! MOGA ALLAH MEMBALASNYA. ;)


Tuesday 12 March 2013

Disleksia - Ilmu baru sebuah kehidupan

Dunia baruku sebagai ibu kepada seorang pengidap disleksia bermula - Allah mengujiku krn aku mampu!! 

#Sekadar perkongsian, hrp bermanfaat.

Pernah satu ketika aku menangis kerana anak sulungku blum lancar membaca mcm anak2 lain sedang suamiku sanggup peruntukan sejumlah wang yg besar bg memastikan anak cemerlang dlm Pelajaran. Aku pula sanggup mengetepikan impian bekerja hny memastikan pembesaran n pembelajaran anak tidak terlepas pandang.

Jujurnya, satu masa pernah aku hilang sabar mengajarnya dieja b.u.k.u disebutnya kuku. Smua alatan pelajaran berterbangan diamukku. Tp dimlm hari kejadian, dia yg kurasa mengecewakanku berjaya menyedarkan aku dgn ucapannya sblm tido krn seharian aku diam seribu bahasa "mama, abg minta maaf,abg usaha mama tp entah la otak abg ni.tp mama jgn risau kalau abg bodoh pun abg tetap akan jg mama klu mama sakit'. Bila dia berlalu tinggalkan aku yg ego,menitis air mata aku saat itu tanpa sedar yg anak aku itu pny kelebihan lain berbanding org lain. Aku ambil pensil n kertas senaraikan kelebihannya agar aku trus menghargainya sejurus disedarkan.Antnya yg besar amatku bangga dia fasih berbahasa english pd usianya, kreatif, pandai melukis, dan seperkara lg dia tahu ttg syariat islam dimana sentiasa menjaga aurat wanita aku sbg ibunya, sgt mengujakan bila diusia 5 thn apabila posmen dtg menghantar surat ditutup pintu seketika utk aku yg menyorok dibelakang pintu mengenakan pakaian sempurna. Kelebihan2 itu lebih perlu kukenang. Apatah lg dia telah mampu membaca ayat2 dlm sembahyang sdg aku diusianya masih bermain pasir diluar rumah.

Semenjak kesedaran itu hadir, ku bangun awal hr khas mengadu nasib pd Allah agar aku diberi petunjuk dan bersolat hajat khas buatnya agar dipermudahkan segala urusannya. Akhirnya 2 minggu lps aku mendapat idea utk membuat pembacaan dr goggle, menelefon badan sana sini serta menetapkan temujanji bg menghantarnya ke ujian disleksia
Inilah jln yg sgt baik bg mengelakkan perkara buruk seperti stress, rendah diri atau minat dlm pelajaran hilang begitu sedikit demi sedikit.

Mengikut ujian yg dijalankan hr ini, bukan sekadar mempunyai simptom2 disleksia tetapi juga satu lg simptom yg aku lupa istilahnya. Aku dan suami mendengar dgn penuh teliti krn episod baru dlm kehidupan kami aka. bermula bln 4 ini. Anakku itu akan bercuti selama 3 bulan utk hadir ke kelas khas dgn harapan dia akan dtg semula kesekolahnya dgn penuh bergaya n lebih berkeyakinan hrpnya.

Ya Allah, cekalkan hati kami ini ya Allah. Aku redha akan segala ujianmu ini ya Allah krn akulah insan yg mampu yg telah Kau pilih ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami yg balal kami tempuh.Aamiin ya Rabb.

#Teringat cerita hindustan ttg disleksia. Alhamdulillah aku tak jd bapanya Kishen, budak tu tp aku cuba jd cikgunya yg dilakonkan oleh Amir Khan