Thursday 14 March 2013

Kenapa hantar? Cara lain jika tidak ke Pusat Disleksia - Inshaa Allah, you'll find your way,


Menghayati lirik lagu Maher Zain
Masuk 3 hari aku tak menggunakan sistem kekerasan dlm pembelajaran terhadap anakku yg sgt luar biasa itu dan dalam masa yg singkat ini, berkat kesabaran, pemeran kasih sayang, serta sokongan yg aku tunjukkan telah membuahkan hasil. Biarpun tak byk perubahan dr segi penguasaan pembacaan, aku bangga kerana Abg memandu dirinya sendiri tanpa perlu arahan malah herdikan yg telah ku humban sejauh-jauhnya. Kini yg perlu hanya sokongan dan kesabaran serta pencarian jalan terbaik utknya agar lebih maju kehadapan. Alhamduillah aku sgt bersyukur dia telah mula mengambil buku,surat khabar mengeja biarpun perlu merangkak dan kadangkala tersalah menggabungkan sukukata yg sepatutnya, paling terusik bila dia minta makanan yg berkhasiat walaupun hanya sekadar utk kudapan, "mama, abg kenyang tp rasa nak makan something tp biarlah berkhasiat supaya otak abg pandai". Tak semena2 air nestum yg tak pernah dirasai, diminum. Kini sukarela dia mengucapkan selamat tinggal kpd trio nasi,telor dan kicap, maka tiada lg kesukaran bgku memaksa dia mencuba sesuatu slps ini harapnya. 

Bkn rutin aku menonton berita tv tp disebabkan perasaan patriotik yg tinggi, aku ingin benar th ttg perkembangan di Sabah. Aku relakan diri bersandar di sofa ditemani hp ku. Abg yg berada beberapa langkah dr ku sedang asyik memegang tab, tiba2 aku digangggu dgn bunyi lagu2 Maher Zain yg dimuat turun olehnya. Nak kutegur langsung terhapus bila aku dgr lagu InshaaAllah, Maher Zain itu dinyanyi dan ditukar lirik "InshaaAllah(3x),I'll find my way". Mendung mula dtg bertamu dihati kecilku, apatah lg bila nampak dia mengesatkan air matanya. "Kenapa abg nangis sayang?" tnyku memujuk.
"Td kat kelas kan mama, cikgu BM tny sape nak baca?. Pastu abg angkat tangan, tetiba kawan abg cakap takyah la Jibrel, ko bukan reti bacapun. Baca pun lambat."
Dia gagal mengengkang air matanya kali ini, aku amat sayu anakku diperlakukan sebegitu. Tak sabar pula aku menanti April, perasaan kecilku sgt meluap2 utk menghabiskan bulan Mac ini agar abg bleh ke Pusat Disleksia Ampang dgn segera utk bimbingan dan InshaaAllah akan lebih bergaya 3 bulan akan dtg sekembalinya ke sek.

"Abg, dgr sini. Dah2 jangan sedih ok! Mama papa dulu time belajar mmg sentiasa berusaha nk jd budak pandai sbb time tu kawan, cikgu pun akan kenal kita. Bila kita jd budak pandai nnt automatik kita akan dipilih jd ketua. Abg sukakan jd ketua?" Dia hanya mengangguk aku harap dia dpt semangat dr kata2 aku td. Mmg satu kebiasaan bg aku dan suami mereka cerita bg mengharapkan dia mendapat inspirasi.

Keperibadian yg happy, sgt berani melontar idea, byk bertanya, kreatif, mudah berkawan dan dia ada semangat dan aura utk menjadi seorang pemimpin. Alhamdulillah sejak mendapat keputusan ujian disleksia Isnin lalu, aku dah dibukakan mata hati untuk memandang nilai2 yg ada padanya sebagai sesuatu sgt berharga dan takkan mungkin membenarkan semangat dia terkubur,menjadi rendah diri, hilang keyakinan dek kerana diejek rakan, tiada bantuan guru (tak semua), dan aku seorang ibu yg gagal memahami . Maka menempatkan dia di Pusat Disleksia adalah satu permulaan yg sgt bijak, dibuat oleh ku sebagai seorang ibu.

Semenjak aku menulis tentang dunia baruku ini, rupanya ramai kawan2 ku diluar sana menghadapi masalah yg sama, dr hati yg ikhlas aku merayu ubahlah suasana anak2 kita yg amat berpontesi tu.Jgn biarkan dia terus dihimpit tuntutan dunia yg kejam, guru2 yg tak mahu memahami (tak semua), hakikat ibubapa yg suka membanding-bandingkan. Andaikata tidak berkemampuan, ada cara lain yg boleh dilakukan oleh kita para ibubapa yg bertuah, perkara inilah ant yg diborakkan olehku semasa perjumpaan bersama penyelia ptg sek  tempohari. Katanya...
1. Dapatkan surat dr sek /surat test disleksia yg telah disahkan;
2. Bw anak dan surat berkenaan ke Hospital Kerajaan utk sokongan penempatan anak di kelas khas;
3. Surat doktor diusulkan di sek utk tindakan;
4. Sek anak aku dan byk sek lain ada kelas khas tersebut tp sekiranya tiada, anak korang perlu bertukar ke sek yg ada kelas khas tersebut;
5. Banyak keistimewaan dan elaun akan diperolehi;
6. Anak2 akan boleh bertukar ke kelas biasa semula jika prestasinya memberansangkan.

Moga segala perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. InshaaAllah.

In shaa Allah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Lyrics are taken from http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/insha-allah/

10 comments:

  1. Sampainye hati cikgu tu...huhuhu...kekadang cikgu tu x prsn apa yg dickp mereka akan mengguris hati anak muridnye....cikgu pun manusia biasa (pandangan sbg seorg guru)...
    Di sekolah mai ramai sgt dileksia...cuma tak teruk...ade gak yg teruk, kami referkan ke hospital... Tp syg ade parent yg x boleh terima kekrgan anak dgn alasan anak ok...
    Kebiasaan dileksia kecil ni kami bg latihan ulangan...tegur bila salah...dan kebiasaannye mereka akan mula berubah selepas berumur 10 tahun...andai selepas 10 tahun tiada perubahan...ibu bapa kena cari solution dgn mencari guru pribadi supaya dpt baiki kelemahan anak mereka...
    Just for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah mai, zila taknak anak zila hilang keyakinan. Yg ckp tu nak murid bkn cikgu. Hari sebelum tu dia dah baca tp mmg dia tak lancar katanya. Dia berani. Mai doakan sama yer, kalau ada lg soalan2 linus yg boleh bantu hrp mai share ye. Tq mai atas sokongan mai. Bertuah anak murid dapt guru macam mai wlupun mai bukan guru terlatih sek khas. Kalau cikgu sedar n punya hati, mmg mcm nilah response akan diberi.

      Delete
    2. Di sekolah mai selain masalah disleksia...masalah anak hyperaktif...apa lah salahnye bw anak gi temui pakar dahulu kemudian baru la buat keputusan..kesian anak2...cikgu hanya boleh bg pendapat...tp ibu bapa kena main peranan...ini tak...tukar sekolah sana tkr sklh sini..akhirnye anak2 yg rosak...

      Delete
    3. Hyperactive mmg ada satu penyakit. Tp zila tak berada arif pasalnya sbb tak pernah study n mungkin blum menghadapi. Hrpnya dijauhkan-Aamiin. Erm..mcmmn cikgu2 sek buat utk sedarkan ibubapa yer? Kesian juga cikgu2 terpaksa handle ibubapa sekali. Terpaksa pikir method berkesan nampaknya utk advise ibbapa yg bijak pandai melahirkan anak nih. Kalau tak anak setakat masuk n kuar sek ikut masa jelah kan Mai? Mungkin ibubapa terlibat fikir tugas diorg dah selesai dgn hanya telah mendaftar n menghantar anak kesekolah, padahal lebih mendalam lg dr itu. Didoakan moga kita smua khasnya kenalan2 zila dapat n berjaya melihat tingkah laku anak2 kita dgn mata hati. Aamiin.

      Delete
  2. sayu tgk gambar jibrel kat atas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima Kasih Farah. Aku pun sedih tp terpaksa control time tu.

      Delete
  3. Berkat doa aunty2 juga. Tq Deq Su sentiasa bg support. Moga Allah merahmati kalian semua, In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Zila...touching akk baca. Kesiannya abang. Smoga abg kuat semangat.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak Fiza. Biasa la kak, anak2 kecil jap bergaduh jap baik..

    ReplyDelete