Monday 18 March 2013

Disleksia - Saya jawab soalan kawan2!

Assalamualaikum.
Post kali ini berkisar persoalan teman2 kepada sy berkaitan cabang kehidupan baru sy  iaitu 'disleksia', Semua persoalan2 ini diajukan kpd saya melalui FB wall/massanger, watsapp, sms, perbualan tel, face-to-face. Sy cuba baca,semak, ingat dan kumpul bg tujuan paparan agar dapat dikongsi bersama utk teman2 yg masih terasing berkenaan hal disleksia ini. Setidak-tidaknnyaia jg boleh dijadikan persediaan bg para ibubapa utk menghadapi situasi yg saya alami ini dimasa akan datang. Ya sy bukanlah pakar rujuk yg layak namun berbekalkan kesungguhan, pengalaman singkat bukan satu masalah bg saya sedang pelbagai kaedah telah sy buat dan lalui samada dr segi pemerhatian, pertanyaan, pembacaan dan penerangan secara langsung/tak langsung dr orang bertauliah. Segalanya saya ambil utk menambahkan ilmu didada. InshaAllah ianya cukup utk dijadikan asas sesuatu yg patut dikongsi, moga bermanfaat hendakNya. 'A' di bawah merupakan jawapan saya ye!!. Wallahualam.

Q1 : Apa benda 'disleksia' tu?
A1 : Disleksia tu masalah pembelajaran yg dihadapi oleh kanak2, jelasnya dia belum boleh membaca dgn baik walau tlh bersekolah bertahun2 kerana masalah asasnya dia keliru dgn huruf2 (alphabet) kecil bila digabungkan menjadi ayat.

Rujukan lanjut http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Q2: Mcmmn bleh tergerak bw anak gi test disleksia?
A2: Sy kerap bertanya dgn cikgu2 ttg  perihal anak sy dlm kelas, kesamaan pandangan cikgu2 yg 'anak sy tak fokus dlm kelas' merunsingkan saya. Sy tiada bantahan ttg pandangan tersebut krn sy juga mengajar anak sy setiap hr dan tidak pernah terlepas pandang. Tiada kerja sek bukan alasan utk tidak berada di tempat khas utk belajar setiap jam 8 mlm kerana saya akan membuat ejaan atau menerangkan kerja2 selesai yg didapati salah agar dia tak ulang kesilapan tersebut. Selain itu persediaan pelajaran akan dtg juga dilakukan agar dia mudah paham bila cikgu mengajar kelak. Bila periksa buku2 selalu dapati yg dia tak sempat habiskan tugasan yg diberi apatah lg klu yg perlu disalin dr papan putih dgn alasan "cikgu lain dah masuk kelas" atau "kawan dah padam white board", kkdg tulis huruf n nombor pun terbalik2, ayat tak ber-space.

Sy tak puas hati jd utk mengetahui masalah sbnr yg dihadapi sy goggle n taip 'kenapa anak tidak fokus' maka tersenarailah byk maklumat berkaitan 'disleksia (dyxlexcia).Sy baca satu persatu dan bandingkan simptom2 tersenarai dgn perilaku anak sy.

21 ciri2 yg boleh disemak - muka surat 9
Q 3: Apa simptom2 disleksia yg ada?
A3 : Berdasarkan symptoms di goggle, anak saya 
  • tulis lambat , 
  • ayat yg disalin kurang atau tertambah huruf, 
  • tulis perkataan tanpa space, 
  • huruf kdg kala terbalik, 
  • eja lain bunyi lain, 
  • tak minat membaca ayat dlm bahasa melayu 
  • tp minat dgn buku, 
  • suka berimiginasi.
Rujukan lanjut Buku program edaran kpd ibubapa ketika mendaftar dr Persatuan Dyslexia Malaysia dan http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

Q3 : Di mana buat ujian disleksia dan kos?
A3 : Di Pusat Disleksia Titiwangsa, Alamat: No 6, Persiaran Kuantan, Jalan Kuantan, Titiwangsa. Hubungi En. Hafiz, hp 019-4446059 di dalam waktu pejabat utk temujanji ujian ini. Kos RM150 akan terlibat. Ujian berlangsung selama 1 jam 30 minit.


Q4 : Mcmmn bentuk ujian tu?
A4 : Anak kita akan dipanggil One-to-One, dr pemerhatian saya sewaktu sy dan suami dipanggil utk penerangan selepas itu, mereka menguji secara menulis, lisan, dan rasanya ada ujian seperti bentuk game.

Q5 : Bila dapat keputusan?
A5 : Sebaik shj selesai sessi anak diuji, ibubapa akan dipanggil untuk penerangan penilaian oleh penguji. Bagaimanapun laporan bertulis akan diperolehi kemudian melalui email utk rujukan pihak tertentu yg memerlukan.

Q6 : Adakah saya bgth anak ttg ujian disleksia ni?
A6 :  Tidak. Saya tak bgth anak sy sbb saya tak mahu dia gugup atau takut ketika diuji. Perasaan gugup yg dia hadapi akan menyebabkan dia lupa. Biar dia 'free'. Just ucapkan 'gud luck' dan doakan dia.InshaaAllah

Q7 : Ada cara lain  jika tidak ke Pusat Disleksia utk mendapatkan bimbingan? Caranya. 
A7 : Ada. Melalui bimbingan kelas khas di sekolah terpilih yg ada. Tetapi perlu dapatkan surat dari sek untuk bawa anak rujuk ke Hospital Kerajaan. Surat pengesahan dr Doktor boleh melayakkan anak ditempatkan dikelas khas bg mendapatkan bimbingan cikgu yg terlatih. Sekiranya anak telah ok, dia boleh bertukar ke kelas biasa.

Q8 : Kenapa saya tak dapatkan pengesahan doktor dr hosp kerajaan dan pilih Persatuan Dyslexia yg berkonsep swasta? Bukankah tinggi kosnya.
A8: Saya terpaksa melibatkan kos kewangan  kerana saya tidak mempunyai kos masa yg banyak untuk tunggu dan naik turun di hospital kerajaan di tambah pula terpaksa perlu membawa anak2 lain jika berurusan. Tugasan kerja suami sy yang padat juga menjadi faktor penyumbang dlm pemilihan ini.

Q9 : Berapa bulan  di Pusat Disleksia?   Mcmmn dgn sek skrg?
A9 : Kelas bimbingan khas akan berlangsung selama 3 bulan. Bagi anak saya kelasnya akan bermula 1 April ini hingga 30 Jun dimana sebuah kelas hanya mempunyai maximum 5 org pelajar shj. Pusat Disleksia akan mengeluarkan surat kepada ibubapa utk diusulkan kepada  pihak sek. Pihak sek akan menyokong tujuan ini.

Q10 : Knp sy putus utk tempatkan anak di Pusat Disleksia sdg pihak sek tidak mengarahkan sebarang tindakan?
A10 : Sy menilainya sbg satu keperluan utk diri saya dan anak kerana saya telah menumpukan perhatian terhadap pelajarannya sepenuh masa, Yang penting, saya tidak mahu dia ketinggalan dan rasa rendah diri dan seterusnya tarik diri dlm aktiviti pembelajaran di kelas. Dia sgt berani, byk cakap dan aktif. Saya sayangkan nilai2 ini dan mahu kekalkannya.
Q11 : Belajar ape disana selama 3 bulan dan kos? 
A11 : Matematik, Bahasa Malaysia, Sains, Bahasa Inggeris. Disamping itu ada xtvt muzik dan berkuda. Mungkin sebab di Ampang ni sebelah Kelab berkuda (Rentry Club, Ampang) kot, tak pasti dgn Pusat Disleksia lain. Setiap bulan RM450 tetapi utk bayaran awal saya perlu tambah RM100 kerana aktiviti kokurikulum. Baju dan peralatan lain saya kurang pasti dah dikira sekali atau asing. Nnt saya pastikan ye.

Q12 : Bahaya ke disleksia ni?
A12: Terpulang kepada ibubapa untuk menilainya, tp sekali lg saya tegaskan bahawa saya sayangkan nilai2 keberanian yg ada pd anak saya.
  
Q13:Anak nampak bijak dan matang, sahihkah keputusan ujian tersebut?
A13 : Semua kanak-kanak sememangnya pandai berkata2 apatah lg bab menjawab, memberi alasan. Sampaikan kkdg kita nak tergelak atau mati kutu dibuatnya. Kanak2 disleksia ni normal cuma masalahnya lambat baca je sbb keliru dengan hufuf yg dibuat jd perkataan (blended words). Kata En Hafiz, kakitangan Persatuan Disleksia Titiwangsa semasa sessi borak2 dgn ibubapa sementara menunggu anak2 membuat ujian, kanak2 yg mengalami disleksia ini sememangnya matang pelbagai perkara lebih dari usianya tetapi ketinggalan kebelakang dlm pembelanjaran. Jd jgn hairan kalau mereka bijak berikan 1001 alasan dgn pantas berbanding bila kita suruh diorang membaca, terpinga2 la jawabnya, tergaru sana sini lg.huhuhu...
 
Q14 : Apa yg boleh kita (ibubapa) buat untuk bantu anak2 yg menghadapi masalah ini? 
A14 : Buat masa ini, bg sokongan sewajarnya dan hentikan marah2
# Sangat banyak perkara lain yg boleh dilakukan tp tak boleh nak tulis disini semuanya. Nnt sy cari masa lain utk kupas bab ni yer.Kalau stakat copy paste dari pembacaan smua org boleh tp saya nak bgth ape yg saya rasa saya boleh n dah buat aje. Nnt kan yer.
Q15: "takut nak terima keputusan, kalau-kalau buat test  terima jawapan ni (anak disahkan disleksia)"
A15 : Saya tak takut dan jauh sekali nak rasa malu sbb inilah permulaan yg saya cari utk mengakhiri kebuntuan saya. Ia sekadar satu usaha buat anak tersayang, lagipun apa nak ditakutkan kerana ianya bersifat sementara jika dibimbing dgn cara yg betul dan berkesan, lgpun hakikatnya ramai kanak-kanak diluar menghadapi masalah ini cuma terserah kpd ibubapa samada untuk bersikap proaktif atau tunggu dan lihat dulu. Moga Allah mudahkan segalanya utk kita yg telah berusaha. Anak-anak ni bijak dan mereka berpeluang besar utk survive menjalani kehidupan walau dicampak dimana pun.InshaaAllah. Mereka kreatif sebab fikirannya 'out of the box'. Percaya lah cakap saya!!
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

*******************

Sekian, utk perkongsian soal-jawab dgn saya buat masa ini. Nnt saya semak dan tambah lg jika ada yg tertinggal atau soalan lain yg bakal datang. Terima kasih krn sudi membaca, moga ada input utk kalian harapnya, InshaaAllah!

  

29 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Deq Su!! Harap bermanfaat utk semua.

      Delete
  2. Paling ramai parent x boleh accept kelemahan anak....akhirnye anak yg rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai Ieza Beledza, setandan pisang masakan semua elok. Yg tak elok buat cekodok pisang pun sedap kan?? Hehehe.

      Delete
  3. boleh cerita tak pengalaman masa membesarkan anak disleksia semasa dia kecil. ada sebarang tanda awal yang puan perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya baru terperasan pertanyaan ini. perlukah sy menjawabnya wlupun dah berusia 2 tahun lamanya. Maaf sgt ya.

      Delete
  4. Anak sy seorang disleksia berumur 5 setngah tahun. Alhamdulillah sy dapat terima keadaan dia walaupun selalu jgk sy menangis. Setiap kali lepas solat sy xkan lupa berdoa supaya Allah bg sy dan suami kekuatan dan kesabara serta dipermudahkan segala urusan kami utk besarkan satu2nya zuriat kami. Sekarang ni sy hantar anak sy ke Perstuan disleksia malaysia di shah alam. Sy x hantar ke ke hospital utk check up tp sy sedar sendiri yg anak sy lain dr kanak2 lain. Sebelum ni dia bersekolah di tadika biasa tp bila cikgu mula bgtau thaqif agak sukar nak membaca naluri hati seorang ibu kuat kata anak sy perlukan bantuan. Betul kata puan anak disleksia ni mg pintar, terlajak pintar sampai kan soalan2 dia x mampu kita jawab dok terpikir mcm mana dia blh tergerak nak betanya mcm tu..kelakar pun ada. Ramai usahawan2 dan pencipta luar sana disleksia. Mereka ni dikategorikan sebagai Problem solver yg bagus. Mudah2an anak2 disleksia berjaya dunia dan akhirat. Sebagai ibu bapa bkn kita minta mereka ni jd scorer straight A's pd kertas saja.. anak istimewa hanya utk ibubapa yg istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed. Tq puan. maaf bru terbaca post ini.

      Delete
    2. Salam.. boleh sy tahu kat mana puan hantar pusat disleksia kat shah alam ye?

      Delete
  5. hi..boleh cuba stemstech..insyaallah berhasil..

    ReplyDelete
  6. anak sy ade mild dyslexia dan berusia 16 tahun. Bolehkah saya menghantar dia ke kelas intensif/kelas khas 3 bulan tu atau saya perlu tukarkan dia kesekolah yg ada kelas Dyslexia? Anak sy skrg bersekolah di sekolah biasa tetapi sgt ketinggalan dlm semua mata pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualakum, maaf sgt saya tak perasan msg puan. usia 16 thn sy rasa baik puan hantar belajar kemahiran, itu pandangan saya.saya percaya kelebihannya disitu dan bukan dibidang akademik utk menghafal membaca buku tebal2.

      skrg ni Giat Mara pun ambil anak berusia 16 tahun. ada byk lg pusat kemahiran lain. bidang akademik bukan segalanya, kakak sy yg lemah dlm pelajaran pun Berjaya menjadi pembuat kek yg Berjaya. percayalah..dia akan lebih kehadapan bila kitahantar dia diitempat yg betul. Insyaallah itulah yang saya akan plan utk anak sulung saya.

      Delete
  7. salam.. kak mcm mana ya perkembangan anak akk selepas di hantar ke pusat dyslexia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan tak banyak, hanya dpt menulis 1-100 dgn sempurna dan pantas. wkt tu pembacaan masih sgt slow. Sy dan suami buat keputusan utk sy melaatih sendiri pembacaan satu hari satu muka buku teks. Alhamdulillah masuk darjah 3 baru boleh dia score n lulus BM. dah darjah 3 buat pertama kalinya Math dan Sains dia dapat 80 keatas wlupun BI dan Pendidikan Islam masih fail penggal pertama. Penggal kedua, ada improvement BI lulus 50 keatas. bg masa anak setakat 9 tahun tp dgn syarat ada bimbingan. Alhamdulillah skrg anak dah tukar kelas depan.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Mom's Life Lace18 August 2016 at 06:55
    Assalamu'alaikum,

    Anak saya juga mungkin disahkan disleksia, semua symptoms yg disebutkan dlm laman2 web dan yg saya Google mengukuhkan semua symptoms yg anak saya ada. Cuma saya perlukan pemeriksaan pertama Utk dia dlm masa terdekat ni.

    Anak saya lelaki, umur 6 tahun. Minggu lepas saya hantar dia ke sekolah utk ambil ujian saringan kemasukan darjah satu. Bila dapat keputusan dari guru sekolah tu, Alhamdulillah Anak saya lulus.. Cukup2 Makan je markah dia.. Kebetulan saya Ada Kawan yg berkerja disekolah tersebut, Dia terdengar Cikgu cakap budak ni jawab Banyak betul tapi Ada beberapa tulisan yg huruf terbalik antaranya dia tulis "six" jadi "xis". Pelajar ni mungkin menghidapi "disleksia". Kawan saya dengan berat hati bgtahu and nasihatkan utk berjumpa pakar.

    Sebenarnya naluri seorang Ibu mmg dapat rasa anak tu Ada something wrong. Pernah saya usulkan pada suami Utk bawa anak utk speech therapy tapi husband X nak. I should've just went to kan?. "Mmg menyesal".

    Tapi InsyaAllah masih belum terlambat. Anak saya boleh menulis, boleh membaca 2 suku kata, boleh baca nombor 1-100, boleh kenal semua alphabet A-Z, lebih bertutur bhs inggeris berbanding bahasa melayu, tau susunan hari in English n Malay. Boleh tulis Nama sendiri dengan betul. Tau warna, bentuk.

    Masalah anak saya yg jelas ialah dia susah Nk focus, certain huruf Dan nombor dia tulis terbalik. Contohnya : no.5 , S, d kecik n b kecik.. So saya harap keputusan Dr tu nanti anak saya tidak terlalu serious.

    Doakan yg terbaik utk anak saya ye, saya sedih n kesian pada anak. Harap2 masih belum terlambat n masih boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah doa ibu tiada hijab. Jgn kata anak puan, anak sy yg mengalami masalah ni dulu sampai sekarang b dan d terbalik. Terpaksa sy cakap 'ad berkawan baik', sbb tu dia facing lengkung tu sama. Entah la usaha saya ni ok ke tak..tp nampaknya berkesan.

      Delete
    2. Mom's Life Lace... anak kita sama umur... dah pergi ke diagnos... masalahnya ada wekdays shj.. weekend tak ada

      Delete
  10. Entry ni tahun 2013.. mungkinkah yuran skrg dah bertambah.. 2016... anak saya ada ciri2 ni.. usia 7 tahin blm dpt membca...

    ReplyDelete
  11. Assalam puan...
    Saya nk mohon sedikit maklumat sekiranya puan blh bantu...Saya berhajat nk bw anak sy yg brumur 10 tahun utk screening test disleksia...byk ciri2 yg puan ceritakan tu ada padanya...soklan sy:
    1. Apakah trlalu lewat utk sy brtindak sekrg?
    2. Ada perkhidtn screening ni disediakn di hosp kerajaan? Utk nk ke swasta keadaan ekonomi x mgizinkn krn sy sorang yg brkerja...
    3. Perlu ke sy consult pihak sekolah trlbih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya baru bermula hari ini di Pusat Dyslexia Bangi. Saya dan isteri mula kesan ketika umur 5tahun setengah. dan berjumpa doktor pakar kerajaan. Anak saya disahkan dyslexia. dpt kad OKU yang akan ada pelbagai kemudahan. Oleh kerana daerah saya tiada kelas khas untuk murid dyslexia di PPKI sekolah, kami nekad akan hantar dia ke Pusat dyslexia walaupun jauh. Kami berjumpa dengan Puan Sariah President Pusat Dyslexia di Ampang untuk ujian. Akhirnya kami memilih Program intensif 3 bulan di Bangi. Mudah-mudahan tawakal, usaha dan pengorbanan ini berbaloi . InsyaAllah anak dyslexia ada potensi tertentu yang boleh digilap ke peringkat tertinggi kerana mereka Insan yang Berfikir diluar Kotak ! Kreatif inovatif

      Delete
    2. puan try la bawa anak ke HUKM, kt situ ada bahagian pakar perkembangan kanak2...insyallah anak saya tengah menjalani beberapa terapi di HUKM

      Delete
  12. Assalammualaikum. saya ada dyslexia sejak dari kecil. Memang membesar dalam keadaan ni sangat sukar. lagi2 pada zaman saya masa kecil tidak expose tentang dyslexia. Semasa saya tingkatan 3 baru saya boleh membaca, menulis, mengira dan lain2 dengan betul tu pun lambat. Sekarang ni saya bekerja sendiri supaya saya boleh ikut pace saya sendiri. Saya buat design dan printing. dyslexia tu still ada lagi, tp dpt minimize. kebanyakan kawan2 saya yg ada dyslexia bekerja di bidang industri kreatif. Sehingga sekarang ibu bapa saya tak tau saya ada dyslexia kecuali kakak2 dan isteri saya.

    ReplyDelete
  13. Salam Puan boleh saya dapatkan email Puan atau social media saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai Dislexia dan bagaimana membantu anak yg menghadapi anak ini agar dpt bersaing di aliran biasa bukan pendidikan khas?

    ReplyDelete
  14. Di mana lokasi saya nak membuat pemeriksaan desleksia sekitar pj dan subng jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan pegi buat disleksia test di jalan ampang

      Delete
  15. sangat bermanfaat sekali artikal puan.
    boleh saya dapatkan pusat pendidikan yang puan nyatakan

    ReplyDelete
  16. tpi klu disleksia org dewasa bagimana pulak..umur 25 tahun atas..

    ReplyDelete