Tuesday 12 March 2013

Disleksia - Ilmu baru sebuah kehidupan

Dunia baruku sebagai ibu kepada seorang pengidap disleksia bermula - Allah mengujiku krn aku mampu!! 

#Sekadar perkongsian, hrp bermanfaat.

Pernah satu ketika aku menangis kerana anak sulungku blum lancar membaca mcm anak2 lain sedang suamiku sanggup peruntukan sejumlah wang yg besar bg memastikan anak cemerlang dlm Pelajaran. Aku pula sanggup mengetepikan impian bekerja hny memastikan pembesaran n pembelajaran anak tidak terlepas pandang.

Jujurnya, satu masa pernah aku hilang sabar mengajarnya dieja b.u.k.u disebutnya kuku. Smua alatan pelajaran berterbangan diamukku. Tp dimlm hari kejadian, dia yg kurasa mengecewakanku berjaya menyedarkan aku dgn ucapannya sblm tido krn seharian aku diam seribu bahasa "mama, abg minta maaf,abg usaha mama tp entah la otak abg ni.tp mama jgn risau kalau abg bodoh pun abg tetap akan jg mama klu mama sakit'. Bila dia berlalu tinggalkan aku yg ego,menitis air mata aku saat itu tanpa sedar yg anak aku itu pny kelebihan lain berbanding org lain. Aku ambil pensil n kertas senaraikan kelebihannya agar aku trus menghargainya sejurus disedarkan.Antnya yg besar amatku bangga dia fasih berbahasa english pd usianya, kreatif, pandai melukis, dan seperkara lg dia tahu ttg syariat islam dimana sentiasa menjaga aurat wanita aku sbg ibunya, sgt mengujakan bila diusia 5 thn apabila posmen dtg menghantar surat ditutup pintu seketika utk aku yg menyorok dibelakang pintu mengenakan pakaian sempurna. Kelebihan2 itu lebih perlu kukenang. Apatah lg dia telah mampu membaca ayat2 dlm sembahyang sdg aku diusianya masih bermain pasir diluar rumah.

Semenjak kesedaran itu hadir, ku bangun awal hr khas mengadu nasib pd Allah agar aku diberi petunjuk dan bersolat hajat khas buatnya agar dipermudahkan segala urusannya. Akhirnya 2 minggu lps aku mendapat idea utk membuat pembacaan dr goggle, menelefon badan sana sini serta menetapkan temujanji bg menghantarnya ke ujian disleksia
Inilah jln yg sgt baik bg mengelakkan perkara buruk seperti stress, rendah diri atau minat dlm pelajaran hilang begitu sedikit demi sedikit.

Mengikut ujian yg dijalankan hr ini, bukan sekadar mempunyai simptom2 disleksia tetapi juga satu lg simptom yg aku lupa istilahnya. Aku dan suami mendengar dgn penuh teliti krn episod baru dlm kehidupan kami aka. bermula bln 4 ini. Anakku itu akan bercuti selama 3 bulan utk hadir ke kelas khas dgn harapan dia akan dtg semula kesekolahnya dgn penuh bergaya n lebih berkeyakinan hrpnya.

Ya Allah, cekalkan hati kami ini ya Allah. Aku redha akan segala ujianmu ini ya Allah krn akulah insan yg mampu yg telah Kau pilih ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami yg balal kami tempuh.Aamiin ya Rabb.

#Teringat cerita hindustan ttg disleksia. Alhamdulillah aku tak jd bapanya Kishen, budak tu tp aku cuba jd cikgunya yg dilakonkan oleh Amir Khan

No comments:

Post a Comment