Wednesday 3 April 2013

Aku menyembunyikan kebenaran? Owh...cikgu jgn buat mcm ni!


Tiba2 teruja nak menulis kisah Abg walaupun masa amat mencemburuiku saat ini. Sbnrnya bercuti seketika bukan kerana tiada idea penulisan berputik tetapi semuanya masih tersimpan rapi dlm bahagian deraf yg masih belum sedia menjadi paparan kerana gagal menepati piawaian jiwa. Tp berlainan sedikit kali ini, aku menolak piawaian jiwa krn gerak hati ini tidak dpt ditahan2 tanpa mengendahkan lenggok bahasa yg pastinya bertaburan lopak sana sini. Perkongsian episod pengalaman kali ni telah menjadi pembasah gusi tatkala aku ceritakan dgn suami tercinta. Meskipun punyai nilai tawa menggeletek jiwa, sesuatu 'tersirat' perlu utk ku cari dan fahami agar segala yg manis berjaya dijelmakan disatu saat yg dinanti. InshaAllah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Abg masih ke sek agama yang aku tak kecualikan meskipun Abg kini telah mula 'berkursus' dengan gembiranya selama 3 bulan mulai 1 April lepas  di Pusat Disleksia Ampang. Alkisahnya, setibanya dilorong koridor rumah lebih kurang jam 11pagi, mcm biasa bunyi larian tapak kasut sekolah memecah kesunyian tambah plak kali ini di pekik berulangkali dari larea menunggu lif "mama..mama...abg dah pandai mama! abg dah pandai!". Aku  bergegas  membuka daun pintu sambil menunjukkan isyarat jari telunjuk dibibir agar adiknya yg sedang enak dibuai tidak terjaga dr lena. Abg seperti tak mengendahkankan isyaratku, dia berterusan menggoncang-gancangkan buku tulis sekolah  yg dipegang bagai tak sabar utk memberitakan sesuatu.

Setiap helaian, betul atau salah dapat 'AA'.
Mulanya kemarahan sedikit bertandang namun ttba perasaan kesedaran dtg bertamu. Aku perlu menunjukkan minatku agar mood kegembiraan itu tidak lenyap sia-sia. "Apanya, kenapa tak masuk dlm beg buku ni? Nnt hilanglah lg buku ni mcmmn?" Celah aku sempat menegur. "Mama tgk la." Tanpa lengah aku ambil buku iditangannya  lalu ku selak satu persatu. Jujurnya tiada ape yg menarik perhatian, sekadar kelainan kerja2  kali ini telah diperiksa lantas menunjukkan buku subjek jawinya itu telah siap di dalam kelas mengikut masa yg ditetapkan. "Mama tak nampak ke? Abg dapat double A. Ustazah bg AA pd Abg. Maknanya Abg excellent dr biasa mama." Celahnya menerjah krn mungkin melihat wajahku sedikit kosong berkerut. "Owh ye ke? Wah, tahniah la kalau mcm tu. So pergi mandi sekarang, siap2 pastu makan solat zuhur.Biar mama cek buku ni. Lg satu, anak excellent bukan setakat pandai belajar tp mesti pandai urus diri". Sempat aku mengambil kesempatan menyelitkan pesanan agar dia bingkas bertindak, tidak mengharapkan bebelanku terus berlagu. Abg yg kelihatan amat bersemangat menanggalkan baju lalu terus ke bilik air berbekal perasaan yg girang riang.

Ketiadaan kelibatnya dekat di dpn mata, merelakan aku duduk tenang di meja dapur sambil menyelak helaian buku tersebut satu persatu mencari si 'AA' yg dimaksudkan. ("takde AA pun") hatiku berbisik. Dua tiga kali aku cuba menjejaki akhirnya aku tersenyum sendirian bila aku dapat mengesan bahawa tandatangan ust/ustazah yg bertanggungjawab memeriksa bukunya seakan-akan berbentuk dua buah huruf A yg berscantum, maka 'AA' itulah disangkakan gred yg telah berjaya dia perolehi dgn 'excellent'. Aku menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum lebar sendirian, tak sabar plak berkongsi cerita pd suami. Takkan pula krn perkara ini, aku perlu jumpa ust/ustazahnya, "jgn tandatangan mcm tu ya ust/ustazah" hihihi, sungguh tidak masuk akal jika difikirkan insiden ini. Disaat belum pun habis senyum dibibir terukir, aku mendengar suara keriangan Abg dr bilik air berulangkali bermain sendiri dgn dirinya sendiri."Yeah...aku dah pandai, dah excellent!!!!" 

Ikhlasnya aku benar2 terusik namun masih bahagia dan gembira meskipun anakku itu tersasar telahannya, sekurang-kurangnya Abg memang ingin berjaya dan dia sedang berusaha untuk menjadi insan yg berjaya. Laluku ikrar pendam di sanubari ("Tak perlulah aku bgth cerita sebenar, biarlah..mungkin ini titik semangat yg boleh memandu dirinya utk trus maju")

Di malam harinya, dia mmg sgt bersemangat mengambil buku2 teks sek agamanya yg berada dlm beg untuk aku kukuhkan pelajaran dlm kelas dipaginya. "Mama tolong terangkan blk jenis2 air mama sbb ada yg Abg tak faham td." Aku bingkas bangun, tanpa sangahan memetik semula suiz lampu yg telah kupadam lalu menerangkan bab tersebut padanya satu persatu. Hampir setengah jam sessi pembelajaran di atas katil itu berlalu ,aku terpaksa menamatkannya dgn menyuruhnya tido meskipun dia kelihatan masih berminat . Owh sgt lewat krn jam telah menunjukkan jam 10 , dimintanya aku membacakan doa2 sebelum tido yg patut, aku disalam seperti biasa. Sedang aku ingin merapatkan daun pintu, Abg mengungkapkan harapan yg penuh bermakna utk aku doakan "Mama, Abg harap abg dapat AAA plak esok!"


Biasanya dapat A+ sahaja.